Harakahdaily |
![]() Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu. Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman (gambar kiri) dijangka akan menyampaikan ceramah di situ. Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut. ![]() "Pada saya ini kesan ketakutan Umno BN," katanya. Bagaimanapun beliau masih menaruh harapan kepada pihak keselamatan untuk tidak mengganggu ceramah malam ini. Pada malam ini juga pengurusan Felcra menganjurkan majlis Tilawah al-Quran di Dewan Besar Felcra kira-kira 500 meter dari himpunan warga Felcra yang dianjur Pakatan Rakyat. Majlis Tilawah itu bagaimanapun menurut Mazlan, usaha Felcra bagi mengganggu himpunan yang diadakan. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Sabtu, Julai 31, 2010
FRU kawal jalan masuk ke Himpunan Warga Felcra MALAM INI!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan