Sabah & Sarawak: Bantuan ikhlas
Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
2010/07/20
Duta Croatia bantu ringankan derita keluarga Dominic KOTA KINABALU: Sebelum ini, menyusun baldi atau tong yang ada bagi menadah hujan adalah perkara biasa bagi pasangan suami isteri Justina Marambuk, 42, dan Dominic Maisu, 41, dari Kampung Morion, Tandek dekat Kota Marudu, kira-kira 120 kilometer (km) dari sini.
Pada masa sama, tidur mereka tidak pernah lena kerana atap dan dinding bocor memberi laluan mudah bagi hujan membasahi kediaman usang peninggalan keluarga Dominic yang dihuni bersama empat daripada enam anak mereka.
Lebih memeritkan, anak keempat pasangan petani itu yang berusia 13 tahun turut menghidap talasemia sejak sembilan tahun lalu.
“Memang kasihan melihat keadaannya jika terlalu sejuk atau terlalu panas. Memang tidak selesa tetapi apa yang boleh kami lakukan,"
Bagaimanapun, kehidupan keluarga itu berubah apabila kisah kesempitan hidup mereka mendapat perhatian Duta Croatia ke Malaysia, Zeljko Bosnjak dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Children's Wish Society (CWS).
Bosnjak membaca laporan akhbar mengenai penderitaan keluarga itu Disember lalu dan datang meninjau sendiri keadaan mereka awal tahun ini.
--------------------------------
respon :
Ini dia Ahli Parlimen Kota Marudu bagi Justina Marambuk, 42, dan Dominic Maisu, 41.. mungkin banyak di KL.. di mana rakan2 MP ini di Kota Marudu, apakah AJK Bahagian diam sahaja.. tak pergi tgk rakyat?
GAMBAR ~~ |
|
~~ MAKLUMAT ~~ |
Nama |
Maximus @ Johnity Ongkili, Y.B. Datuk Seri Dr. |
Jawatan dalam Kabinet |
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi |
Parti |
BN - PBS |
Parlimen |
P168 |
Kawasan |
Kota Marudu |
No. Telefon |
03-88858000 |
No. Fax |
03-88880202 |
Alamat : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Aras 17, Blok C5, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 PUTRAJAYA.
Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/DewRakyat_KedAhli_detail.php?id=148
Tiada ulasan:
Catat Ulasan