Rabu, Julai 14, 2010

ALLAHYARHAM DR DATU BANDIRA DATU ALANG.. (mantan Pesuruhjaya Pas Sabah)arwah dalam kenangan .. 6 tahun dalam kenangan..

ALLAHYARHAM DR DATU BANDIRA DATU ALANG

http://abunuha.wordpress.com/2008/08/22/allahyarham-dr-datu-bandira-datu-alang/

Beberapa hari ini saya sempat membaca habis dua buah buku.
Salah satu buku tersebut bertajuk BIOGRAFI PENULIS SABAH yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004.
Buku ini milik bapa saya yang juga salah seorang aktivis sastera di Labuan. Bapa saya adalah salah seorang pengasas penubuhan Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) pada tahun 1985.

Buku ini menyimpan 144 biografi para penulis, penyair, seniman dan karyawan di Sabah secara ringkas. Antara nama yang menarik perhatian saya di dalam buku ini ialah biografi Allahyarham Dr Datu Bandira Datu Alang.

Saya yakin, ramai tidak mengenali beliau secara dekat walaupun namanya begitu harum dalam gerakan Islam di Malaysia, khususnya di Sabah. Sebagai satu kenangan dan ingatan kita kepada Allahyarham, saya turunkan petikan  biografi beliau.

DATU BANDIRA DATU ALANG dilahirkan pada 3 Januari 1958 di kampung Peladuk, Kota Belud

Selepas itu, beliau mendapat pendidikan awal di SRK Nanamun pada tahun 1965 sebelum melanjutkan pendidikan menengah di SMK Arshad Kota Belud dan kemudian di SMK Syed Ahmad  di Arau, Perlis.

Selepas memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Datu Bandira berkhidmat sebagai guru dan kemudian sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Selepas itu beliau berkhidmat di Felda Sabah sebagai Pegawai Tadbir dan Pengurus Sumber Manusia di Tawau selama 13 tahun sejak tahun 1984.

Kemudian beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Sabah Fish Marketing (SAFMA) sebelum menceburkan diri dalam politik pada 1999.

Datu Bandira telah mendapat ijazah MA dan PHD daripada al-Manaf International di Louisiana State University. Beliau jug pernah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Sto Nino Collegio, salah sebuah kolej tertua di Filipina.

Ketika bertugas di Tawau, Datu Bandira turut menghidupkan kegiatan kesusateraan dan berjaya menganjurkan Perkampunag Sasterawan (1992) dan Diskusi Tenggara 1 (1989) dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah.

Beliau juga seorang penyelidik dan pengkaji bahasa dan sastera. Malah banyak artikelnya mengenai perkembangan bahasa Melayu yang tersiar di dalam akhbar menjadi rujukan berguna untuk mahasiswa hingga ke hari ini.

Datu Bandira juga pernah menghasilkan beberapa buah buku termasuk buku Iranun Sejarah dan Adat Tradisi yang diterbitkan oleh DBP.

Peranan Dr. Datu Bandira Datu Alang dalam perkembangan dan gerakan sastera kebahasaan dan kesusasteraan di negeri ini tidak boleh dinafikan.

Beliau merupakan salah seorang tokoh yang sering diundang untuk menjadi jurubicara golongan sasterawan dan bahasa di negeri ini dengan membentangkan kertas-kertas kerja dalam seminar, forum sama ada di dalam dan luar negara.

Datu Bandira pernah membentangkan kertas kerja mengenai bahasa dan sastera Melayu di Sri Langka, Indonesia, Thailand, Filipina dan kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPTA) di negara ini.

Dalam kegiatan kemasyarakatan, Datu Bandira merupakan bekas Presiden Persatuan Bumiptera Iranun Sabah, dan pengurus Persatuan Usahawan Islam Malaysia. 

Beliau juga merupakan bekas AJK Tertinggi BAHASA dan Yang Dipertua BAHASA Tawau dan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.

Datu Bandira kembali kerahmatullah pada 8 Ogos 2004. 

Al-Fatihah.
Saudara yang berminat merujuk senarai biografi penulis-penulis lain, boleh merujuk kepada DBP Cawangan Sabah di Teluk Likas bersebelahan dengan Wisma Innoprise.

Tiada ulasan: