Ayah guna anak 5 tahun untuk mencuri ditahan polis
23/07/2010 6:42pm
LUMUT 23 Julai – Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan anaknya berusia lima tahun untuk melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd. Jamil Osman berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di Pusat Makanan Sitiawan dekat sini awal pagi Isnin lalu selepas polis menerima laporan daripada beberapa orang mangsa.
"Lelaki itu menjadikan anaknya sebagai pembantu ketika dia melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan yang telah dikenal pasti.
“Suspek yang menunggu di luar premis terbabit sebelum itu memberikan anaknya wang tunai bernilai RM100 untuk berpura-pura membeli barang di premis perniagaan termasuk kedai makan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, mangsa kemudiannya mencari wang baki dengan meninggalkan kaunter bayaran, ketika itu kanak-kanak itu akan menyelongkar laci di kaunter berkenaan dan melarikan kesemua wang tunai yang ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan