Khamis, Julai 15, 2010

Laporan berita palsu tentang Felda OLEH PM! COPY DARI 1MALAYSIA. Cuba Baca!

Selasa, Julai 13, 2010

Laporan berita palsu tentang Felda 

http://gayapeneroka.blogspot.com

Saya copy dari web 1Malaysia

Sejak sekian lama, spekulasi dan dakwaan dibuat oleh beberapa penerbitan media tentang keteguhan kewangan FELDA. Seperti mana ramai yang tahu, institusi ini merupakan yang paling dekat di hati saya kerana perlambangannya dalam sejarah negara dan jasanya kepada generasi demi generasi rakyat Malaysia yang telah menumpahkah keringat, darah dan air mata untuk menjadikannya seperti apa yang dilihat pada hari ini. 

Atas sebab ini, saya berpendapat salah lapor yang disengajakan ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang telah bekerja keras dan satu percubaan yang terang-terangan untuk mencemarkan usaha-usaha Kerajaan dalam memperbaiki kualiti hidup kita.
Rabu lepas, beribu-beribu peneroka dari seluruh pelosok tanah air telah menyertai saya dalam majlis pelancaran Hari Peneroka FELDA di Trolak, Perak. 
 
Disebabkan terpaksa mengesahkan ketidaktepatan laporan media tersebut, satu peristiwa yang sepatutnya sangat meriah telah menjadi rosak. Saat ini, FELDA memiliki RM1.3 bilion dalam bentuk rizab tunai dan RM4 bilion dalam bentuk saham daripada pelbagai syarikat tersenarai awam yang diperoleh melalui pelaburan permulaan dengan hanya RM844 bilion. Ladang-ladang komersial milik FELDA dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM10 bilion. Sejumlah RM2.4 bilion telah dibelanjakan untuk penanaman semula bagi meningkatkan hasil kelapa sawit dan getah FELDA. Tahun lepas sahaja, FELDA telah membayar RM26 juta zakat. Dalam keadaan bankrap, sesuatu organisasi itu tidak dikehendaki membayar zakat, dengan itu membuktikan tuduhan itu tidak benar sama sekali.
Untuk berkembang sebagai satu organisasi, FELDA mesti bersedia untuk meneroka dan memulakan perniagaan dan sempadan pembangunan baru. Itulah sebabnya satu Memorandum Persefahaman telah dimeterai untuk membina satu perkongsian strategik bagi FELDA menjadi pengeluar daging dan susu lembu terbesar di Malaysia. Sejumlah RM603 juta telah diperuntukkan oleh FELDA sebagai satu pinjaman tanpa faedah yang ditawarkan kepada para penerokanya. FELDA juga komited untuk meningkatkan peluang-peluang pendidikan, dilihat daripada pembukaan MRSM FELDA Trolak yang baru, yang keseluruhannya dibiayai oleh FELDA.

Pelaburan dan perbelanjaan ini dibuat untuk memanfaatkan masyarakat peneroka dan rakyat Malaysia, amnya, namun dakwaan berhubung penggelapan dana dan percubaan berbelanja berlebih-lebihan cuba untuk memfitnahkan usaha-usaha peneroka, dan telah menghalang kerja-kerja kami. Mereka bukan sahaja mencemarkan nama baik FELDA, malah juga kesemua individu yang telah bekerja keras yang merupakan sebahagian daripada institusi ini.
Sehingga ke saat ini, tiada ungkapan memohon maaf telah diberikan bagi menghapuskan penghinaan ini, dan FELDA mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi integriti organisasi ini. Walau bagaimanapun, saya menyeru para peneroka supaya tidak tawar hati. Teruskanlah kerja hebat anda demi keluarga, masyarakat dan negara. Kami akan terus mencari jalan untuk mempertingkat taraf hidup masyarakat dan memastikan usaha-usaha anda berbalas jua sampai masanya nanti.


Dibawah antara komen-komen yang saya kira menarik untuk kita renungkan bersama.
 
Datuk Seri, pertayaan saya berkenaan isu GRO dan Pemilik Kelab malam, penjudi beragama Islam dan pemilik premis Judi, isu FELDA yang beli hasil peneroka dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga untuk peraih, isu sos**l dan kelab malam serta pub yang bersepah sedangkan negara kita ini dicanangkan negara Islam, dan bersepah lagi yang Datuk Seri boleh lihat dalam e-melnajib@1malaysia.com.my itu. Bila tahun nak jawab, hal Suara Keadilan menuduh FELDA Bankrap bukan main melompat Datuk Seri beri tindak balas, tapi hal yang saya tanya ini tak ada nilai politikkah sampai tak berbalas langsung.
4

Mohamad: Pembangunan di FELDA
Penguasaan FELDA terhadap kebun-kebun peneroka telah menunjukkan bahawa kerajaan tak serius untuk membantu bumiputera untuk berjaya. Apa tidaknya kalau kebun diuruskan sendiri oleh peneroka, mereka ada anak yang boleh diharapkan bagi menguruskan kebun berkenaan yang bukan sahaja sawit atau getah malahan mereka boleh berternak dan membuat tanaman kontan. Ekonomi peneroka akan bertambah maju kalau FELDA tidak masuk campur dalam pengurusan kebun peneroka, cukuplah dengan membeli hasil kebun peneroka untuk dikomersilkan, banyak lagi bidang yang boleh dimasuki oleh FELDA, tapi mengapa FELDA tetap nak kuasai juga tanah-tanah penerokal? Itu yang menjadi persoalannya. Apakah hala tuju generasi kedua FELDA yang kurang cemerlang dalam akademik, patutnya mereka berpeluang memajukan tanah ibu bapa mereka, tapi kini mereka terpaksa berhijrah ke bandar bagi mencari rezeki kerana elaun RM 800.00 tak cukup bagi kehidupan di sana. Renungkanlah, sekian, terima kasih.
6

FELDA tak bankrap dan makin kaya, tapi peneroka yang menjadi makin sengsara, kerana kebun telah diambil alih, nak buat apa lagi untuk tambah pendapatan? RM 800.00 itu mana cukup untuk perbelanjaan sebulan dengan keadaan ekonomi sekarang. Patutnya FELDA lebih menumpukan pada sektor perkilangan hasil pertanian peneroka bukannya sibuk nak mengambil alih tanah peneroka. Lagi satu pasal apa harga jualan hasil kebun peneroka dibeli dengan harga murah sedangkan harga yang dibeli dari peraih terlalu tinggi sedangkan buah sawit peraih disiram air untuk bagi lebih berat sedangkan peneroka tak buat begitu. Ini menunjukkan kerajaan tak serius membela peneroka, kalau betul nak membela, patutnya kerajaan biarkan peneroka uruskan kebun mereka sendiri dan memberikan bantuan sebagaimana KADA dan MADA berikan kepada petani-petani di Kelantan dan Kedah. Sekian, terima kasih.
8


Masalahnya sekarang Datuk Seri, semuanya FELDA nak bolot, sampai pengurusan kebun peneroka pun FELDA nak kuasai, ini apa cerita? Patutnya FELDA membantu generasi kedua menguruskan kebun milik ibu bapa mereka, bukannya memperdayakan peneroka untuk menyerahkan kebun kepada FELDA dan dibayar elaun RM 800.00 bulan-bulan sedangkan dengan elaun itu, kehidupan peneroka adalah sesak kerana sebelum ini kalau hasil jualan dapat lebih RM 1 500 sebulan, kini dah tinggal separuh kerana terpedaya dengan FELDA. Ramai peneroka yang telah berumur jadi kuli di kebun orang atau jadi jaga kerana tak cukup belanja. Lihatlah keadaan ekonomi sekarang, semua barang harga mahal. Nilailah sendiri. Jangan lihat dari sudut komersil saja, tapi pembangunan peneroka dan generasi kedua yang sepatutnya meneruskan usaha ibu bapa mereka terbengkalai. Renungkanlah, sekian, terima kasih.
9


ahmad: ...
Saya sedih dengan tuduhan Najib agen CIA. Bagi saya ini semua mainan politik tuan. Begitu juga saya sedih dengan tuduhan tuan PM ada hubungan dengan apa yang berlaku ke atas altanyua. Ini semua politik murahan tuan dan pembangkang. Untuk orang kampung bolehlah tuan dan pihak pembangkang tipu.
 
Saya juga sedih dengan ketakutan tuan terhadap kartun Zunar, Harakah dan Suara Keadilan. Tuan boleh saman kalau mereka salah.
Satu lagi kepelikan ialah kehilangan rekod kemasukan altantuya ke Malaysia. Siapa yang padam. Kalau ini kerja kerani dah lama kena tahan tapi tyak ada pula pihak tuan atau sepupu sepapat tuan menjawab.

Ya Allah berilah pemimpin yang beriman untuk negaraku bukannya pemimpin yang kaki rasuah. kaki judi, kaki memfitnah. Kami rela kehilangan pemimpin macam ini dan kalau pemimpin yang ada terbaik untuk kami kekalkanlah.
7
Anda

Tiada ulasan: