Jumaat, Julai 16, 2010

Blogger Pro UMNO ulas isu kenaikan HARGA BARANG! MESTI BACA!

Thursday, July 15, 2010

Bila Harga Petrol ,gula ,diesel naik , 

berita gembira buat Pakatan

http://sejarahmelayu.blogspot.com 

KATA-KATA KERAMAT DSAI PADA P/RAYA 12/2008,  MENAWAN 5 NEGERI!!!

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala
harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:
* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)




Komen PB (PEJUANG BANGSA)


PB bukan pakar ekonomi untuk cakap mengenai harga baru diesel ,petrol dan gula tetapi yang pasti kenaikan ini membebankan rakyat !! Dengan pengumuman mengejut oleh Najib ini, satu berita gembira untuk Pakatan dan Anwar Ibrahim yang manipulasi isu sebagai bola tanggung menyerang BN .


Masih ingatkah lagi ayat keramat PRU 12 " Kalau hari ini kami menang , besok juga saya umum harga minyak turun " ??


Ayat keramat inilah yang menawan 5 buah negeri dan menafikan 2/3 kerusi di Parlimen kerajaan BN yang diterajui Pak Lah ketika itu . Adakah kerajaan BN mahu kalah dalam pilihanraya dalam PRU 13 dengan pengumuman mengejut ini ???


PB yakin peniaga2 kedai makan , peruncit , peniaga ikan di market akan mengambil kesempatan menaikkan harga esok hari .Di ketika itu Pakatan menjadi batu api kononnya mereka mempejuang nasib rakyat rakyat dengan bangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan .Tidak mustahil puak2 ini akan create demo bagi meneruskan momentum membantah kenaikan harga minyak ini .


Isu minyak naik bagi pandangan PB , hang pa pi cerita pi la kita naik harga ini mampu jimat duit negara dan boleh guna untuk pembangunan rakyat tetapi semua benda tu rakyat tak mau dengar . Yang penting bagi rakyat marhaen , kehidupan mereka akan lebih susah dengan kenaikan harga barang ini selepas kerajaan menaikkan harga gas LPG, diesel dan petrol .


Kepada Najib , pak menteri , pegawai2 kerajaan , hang pa jawab la sendiri isu ini .....

dok laungkan sangat Rakyat didahulukan !!

Tiada ulasan: