Isnin, Julai 05, 2010

Kes Penemuan Mayat Bayi, Orang Ramai Diminta Tampil Bantu Polis (Sandakan, Sabah)

Isnin Julai 5, 2010Kes Penemuan Mayat Bayi, Orang Ramai Diminta Tampil Bantu Polis
SANDAKAN: Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penempuan mayat bayi di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim dekat sini pada Sabtu lepas, diminta tampil membantu polis dalam siasatan yang dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, kerjasama daripada orang ramai diperlukan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes pembuangan mayat bayi perempuan baru lahir itu.

Katanya, polis setakat ini belum mendapat petunjuk bagi menahan mereka yang disyaki terlibat dalam kes itu.
---------------
respon : WAJIBKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM!

Tiada ulasan: