Sdr Mazlan Aliman, antara anak peneroka yang berjaya menjadi pemimpin negara.. walaupun diserang oleh pihak kerajaan kerana dikatakan 'memecah belah masyarakat'..
--------------------------------------------
1,567 anak peneroka Felda miliki PhD
KUALA LUMPUR 30 Jun - Seramai 1,567 anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendapat pendidikan di peringkat doktor falsafah (PhD).Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, bilangan itu sebahagian daripada 76,415 anak peneroka Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
"Daripada jumlah ini, 27,160 orang memiliki ijazah pertama dan sarjana manakala bakinya 47,688 mendapat pendidikan di peringkat diploma," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau bertanyakan bilangan anak peneroka Felda berumur 20 tahun dan ke atas serta pencapaian akademik tertinggi mereka.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, terdapat di kalangan anak peneroka yang ditawarkan kursus peringkat diploma di Universiti Limkokwing dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.
"Ada juga yang mengikuti kursus Jurutera Pelatih Penyelenggaraan Pesawat dan Juruteknik Pelatih Rendah yang diselia Malaysia Airlines System Bhd. (MAS)," katanya.
Tambah beliau, anak peneroka yang mendapat keputusan akademik kurang cemerlang turut ditawarkan tempat di Kolej Felda dan kolej luar seperti Pusat GiatMara dan Institut Kemahiran Negara bagi mendapat sijil kemahiran.
"Sehingga sekarang, 29,243 anak peneroka Felda telah dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan