Subky Latif |
PROF. Datuk Hamdan Adnan telah membangkitkan satu tuntutan yang amat adil tentang penyembelihan beramai-ramai penduduk Batang Kali, Hulu Selangor oleh tentera British lebih 60 tahun lalu. Tindakan ganas oleh tentera British itu adalah dalam rangka membasmikan gerakan bersenjata komunis dalam tahun 1948. Penduduk yang dibunuh itu, 24 orang kesemua – dikatakan orang awam yang tidak bersenjata. Apakah mereka terlibat atau tidak dengan komunis, mereka adalah tidak bersenjata. Britain pun tidak bertindak demikian kejam dalam menghadapi gejala komunis dalam negerinya. Dalam keadaan mereka tidak bersenjata dan tidak melawan apabila mereka diserbu, maka zalim bagi mana-mana pihak bertindak membunuh orang awam seperti itu. Pembunuhan seperti itu perlu dikutuk. Kutukan itu bukan kerana tentera itu British atau ia tentera kerajaan yang berkuasa, tetapi pembunuhan sembarangan ke atas awam di mana-mana pun adalah dikutuk. Samalah keadaannya dengan tindakan tentera Amerika dan bersekutu Nato di Iraq dan Afghanistan yang dikatakan dalam menentang keganasan Islam lalu membunuh orang awam di merata-rata tempat. Peristiwa di Batang Kali itu tidak pernah mendapat pembelaan keadilan. Tuntutan masyarakat khususnya dari keluarga mangsa terus dibangkitkan tetapi tidak pernah dilayan dengan adil oleh kerajaan penjajah yang terus berada di Tanah Melayu hingga tahun 1957 apabila tanah jajahan itu merdeka. Kerajaan merdeka mungkin lupa dan melupakan kecelakaan itu tetapi keluarga mangsa tidak pernah melupakannya dan mereka terus ingat dan menuntut keadilan. Tuntutan itu bukan sekadar mahukan ganti rugi, tetapi mahukan satu pengajaran keadilan supaya kekejaman seperti itu tidak dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa jua. Jika keadilan itu telah diberikan dulu, maka tentulah tentera Amerika yang ke Iraq dan ke Afghanistan tidak mengulangi apa yang British buat di Batang Kali dulu. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Khamis, Julai 01, 2010
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI BATANG KALI 1948 - SEJARAH YANG PERLU DIKAJI!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan