Isnin, Mei 03, 2010

Santai : PM Bhutan, PM yang paling gembira di dunia, mengapa?

Kisah PM paling gembira di dunia
Mei 1, 10 5:55pm
Jigme Thinley, salah seorang perdana menteri paling bahagia dalam dunia, mempunyai penawar mudah bagi membentuk masyarakat bahagia, -- "Memikirkan Semula Model Ekonomi".

Perdana menteri Bhutan itu dari negara kelapan paling gembira di dunia, berkata corak pertumbuhan ekonomi berasaskan materialistik akan mendorong kepada kemerosotan masyarakat dan sudah tiba masa untuk kerajaan mengamalkan pertumbuhan seimbang.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang tamak dan sifat tamak itu sendiri boleh menyebabkan barah," kata Thinley dalam temubual dengan Bernama di Bhutan House, kediaman rasmi perdana menteri, di Thimpu, Bhutan.

---------------------------
respon yusz : ya.. Islam dah lama cakap.. dunia jalan ke akhirat.. memang kebendaan tak akan bertahan laman... sebaliknya bukan Islam yang mengamalkan cara Islam...

Tiada ulasan: