4 penduduk Palestin maut
GAZA CITY 29 April - Empat rakyat Palestin terbunuh semalam apabila pasukan keselamatan Mesir mengepam gas ke dalam sebuah terowong di sempadan Mesir-Genting Gaza, yang digunakan untuk menyeludup barangan keperluan ke Genting Gaza.Seorang pegawai keselamatan Hamas yang bertanggungjawab ke atas kawasan terowong di sepanjang sempadan berkata, pasukan keselamatan Mesir mengepam sejenis gas yang biasanya digunakan bagi menyuraikan protes ke dalam terowong tersebut.
Kementerian Dalam Negeri Hamas dalam satu kenyataan berkata, gas yang digunakan untuk mengosongkan terowong itu beracun.
Israel dan Mesir menutup pintu sempadan rasmi Genting Gaza sejak Hamas merampas kuasa pada 2007 setelah menumpaskan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang kini hanya memerintah Tebing Barat. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan