Sabtu, Mei 01, 2010

Budak melecur terkena tomyam panas.. Amy Search kena bayar RM18 Ribu!

Ujian buat pemilik restoran dek karenah pekerja.. 

 

Budak melecur: Amy Search diperintah bayar RM18,000
Apr 30, 10 12:41pm
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas.


Sabariah menetapkan RM8,000 bagi ganti rugi am terhadap kecederaan di bahagian badan kanak-kanak itu, RM10,000 untuk ganti rugi khas dan enam peratus faedah atas jumlah penghakiman.

Tiada ulasan: