Khamis, Ogos 05, 2010

Perogol tidak gerun hukuman mati. Itulah bahana HUKUM Ciptaan Manusia!!!

ARKIB : 04/08/2010
Ini sebahagian hukum Islam.. di mana pesalah akan dihukum di khalayak ramai untuk menjadi iktibar dan pendidikan.. insya allah.. laksana hukum ini, menyelamatkan umat manusia semua!

 

------------------------------

Perogol tidak gerun hukuman mati

JOHOR BAHRU 3 Ogos - Cadangan supaya kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan perlu diambil berbanding menggubal undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, penglibatan pelbagai pihak dengan tidak hanya mereka yang dekat dengan institusi pendidikan sahaja, amat diperlukan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

"Kita ambil contoh kes pengedaran dadah. Walaupun sudah dinyatakan bahawa edar dadah boleh dihukum gantung, masih ramai yang melakukan kesalahan itu.

"Begitu juga dengan kes ini. Kalau sudah penjenayah, mereka tiada perasaan takut malah merasakan diri mereka kebal dengan pelbagai hukuman yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Selangkah Ke Universiti di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

Tiada ulasan: