Selasa, Ogos 17, 2010

Felda Saman Malu Suara Keadilan, Lima Defenden RM200 Juta


Felda Saman Malu Suara Keadilan, Lima Defenden RM200 Juta

http://suara-keadilan.com/Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings hari ini memfailkan saman malu RM200 juta terhadap akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan lima defendan berikutan penyiaran artikel "Felda Bangkrap" dalam akhbar tersebut Jun lalu.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 3.11 petang tadi(16/8/2010).

Lima defenden yang dinamakan dalam saman malu tersebut termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, pencetak dan penerbit Suara Keadilan.

Sabtu lepas, peguam yang mewakili Suara Keadilan, N Surendran berkata tindakan saman itu menimbulkan persoalan sama ada agensi tersebut sudah lingkup setelah mengalami penurunan rizab tunai secara mendadak dalam tempoh lima tahun.

Teruskan

Tiada ulasan: