Ahad, Ogos 15, 2010

Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun? Gaji Kakitangan Felda di tahap kemiskinan?

Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun?

Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun.http://www.malaysiakini.com/

"
Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya. 


“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.
------------------------------------- ikuti penjelasan HARAKAHDAILY.COM berkaitan Gaji pekerja Felda di bawah paras kemiskinan 

1) Sebagai contoh, gaji kakitangan bukan eksekutif seperti penyelia dan kerani berada di bawah paras kemiskinan, dengan gaji pokok RM700 sebulan tanpa elaun seperti Cola dan perumahan. 

Teruskan membaca di sini http://www.harakahdaily.net/

Tiada ulasan: