Isnin, Ogos 16, 2010

Mengamuk di bulan Ramadhan, isteri mati, anak putus jari tangan!

Lagi pompuan jadi mangsa jantan?

Kejadian waktu sahur 14/8/2010(sabtu)

Sumber di sini 

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya

Salam ramadhan...

Sedih berita ni, kak Ros baca sambil bergenang air mata. Kak Ros dok terbayang macamana la agaknya rasa ditetak suami sendiri sehinggakan cedera parah di kepala dan badan menyebabkan si mangsa mati menggelepar.

Suami yang sepatutnya menjadi pelindung tetiba mengamuk, bertukar menjadi syaitan ketagih darah. Kejadian amuk itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi (mungkin ketika bersahur).


Mangsa, Khairul Bariah Mohd Ariffin, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan. Foto BERNAMA


Bagaimanapun tahniah pada pasukan Polis yang cepat dan tepat bertindak menembak mati suspek seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman dan suami pada si mati kira-kira tiga jam selepas peristiwa menyayat hati itu.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini. Suspek bernama Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.
---------------------------------------
respon : PELIK-PELIK KEBELAKANGAN INI JENAYAH DI MALAYSIA... kalau tak silap saya, Dr. Johari Mat, beritahu orang mengamuk sebab tiada yang mendengar keluhan atau luahan.. jika kita solat, kita akan lepaskan perasaan masa berdoa.. DOA TERAPI YANG MUJARAB DALAM KAUNSELING RABBANI...

Tiada ulasan: