Selasa, Ogos 31, 2010

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid


Mohd Ali Hashim   
ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara yang tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.

Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.

Tiada ulasan: