Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham
Sumber di sini
-----------------------
Topeng Perak Unmasked Lepas je Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan dilancarkan tanggal 2hb. Ramadhan, 1431 bersamaan dengan 12hb. Ogos, 2010, enpon aku tak berenti-renti berkokok... sms masuk mengalahkan aku ada hutang dengan Along Ceti haram... 90% dari panggilan dan sms yang masuk dok bertanya dari mana boleh dapatkan Dinar Emas dan Dirham... Perak Kelantan.
Jadi hari ni aku nak bagitau dekat mereka-mereka yang berminat untuk dapatkan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan dekat mana korang boleh dapatkan 2-2 matawang Syariah tu.
Bagi yang duduk di Kelantan, boleh dapatkan di kedai Ar-Rahnu dan bagi yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor, boleh dapatkan di Nubex.
Macamana nak cari Nubex..? rujuk dekat Website Nubex disini (http://www.nubex.com.my/v2/index.php?osC sid=bfff3f31b19c1396d7cc8b2130ae3503). alamat dan cara nak hubungi Nubex:
Alamat:
C-510, Centre Wing,
Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Email: info@nubex.com.my
Phone : +6(03)-7729 9640/04
Fax : +6(03)-7729 9940
Mekasih...
Length:6:04
-------------------------
Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)
Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.
Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.
Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan