DilarangMelarang
sumber
20/08/2010
Ini diluahkannya ekoran wujudnya komen2 yang pedas akibat isu banjir di kampung Pasir Putih pada 28 Julai 2010 yang telah mengakibatkan dua buah rumah roboh manakala kira-kira 500 buah rumah lagi rosak.
Bagi pendapat aku, memang ada kebenarannya pemimpin tersebut menegur “sebilangan” mereka itu yang sememangnya menggunakan perkataan yang kesat, mempunyai unsur fitnah apatah lagi yang berlagak hero di sebalik nama pengguna (ID) facebook mereka.
Ini ditambah lagi dengan wujudnya individu kolot yang menyamar yang aku ibaratkan sikap mereka sebagai baling batu sembunyi tangan.
Tidak kurang pula, golongan “sebilangan” yang pemimpin itu tujukan adalah kepada remaja yang kurang pendedahan politik dan isu pembangunan di Tawau. Yang mereka tahu, mereka berseronok untuk tumpang sama menabur fitnah, caci mencaci dan bermegah2.
Ekoran sebuah komuniti FB sedang sendat dengan komen2 pedas, timbul pula sebuah lagi komuniti yang menuntut pembelaan.
Aku sempat menjadi ahlinya kerana niatku adalah satu, ingin mengambil ikhtibar dari musibah yang melanda mereka. Amat malang sekali, belum pun sempat mencapai apa yang dihajatkan oleh page komuniti tersebut, adminnya merasakan komuniti mereka disalah-ertikan.
Aku tidak menyangkal bahawa tindakan pemimpin itu membuat statement yang ditujukan kepada golongan tertentu itu ada baiknya tapi bagi aku juga, tindakan pemimpin itu mendatangkan prasangka kepada orang ramai.
Sistem penyampaian pemimpin2 kita di Tawau ini jika dilihat, ada yang tidak sampai kepada pihak yang ditujukan, jika tidak kenapa banyak rancangan kerajaan tersadai tanpa pelaksanaan yang baik.
Pemimpin2 yang dilantik amat jelas terpilih berasaskan kroni atau rakan2 karib sahaja, walhal kerusi2 dalam pentadbiran itu perlu diisi oleh golongan yang mempunyai pendedahan up to date, teknologi maklumat yang baik, berintegriti, berkebolehan dan amanah serta tanpa mengira masa akan turun ke padang bersama2 rakyat.
Rakyat yang ingin tahu atau menegur bukan bererti mereka menentang kerajaan yang dipilih rakyat, tetapi mahukan penjelasan. Generasi sekarang ini sudah terbuka minda mereka untuk ditegur ataupun menegur kesilapan kerajaan.
Adakah pemimpin kita berasa tergugat apabila rakyat mula bersuara sumbang? Bagi aku, suara sumbang itu adalah suara yang tidak puashati kepada kepimpinan kita, mereka mahu menegur dan memperbaiki kelemahan kepimpinan pemimpin lebih2 lagi kepada beberapa aspek yang terlepas pandang. Sebab itu mereka menggunakan medium yang paling mudah iaitu meluahkannya di FB.
Rakyat sebenarnya cuma ingin tahu. Pemimpin harus agresif perjelaskan. Apa salahnya ? Rakyat gunakan pertemuan biasa, tetapi tidak berkesempatan terutama pemimpin terlalu sibuk. Gunakan telefon atau SMS , pemimpin tidak membalas.
Di mana silapnya bila rakyat mahu mengadu kesusahan di pejabat, orang kanan pemimpin beritahu YB sibuk. Memanglah YB selalu sibuk dan kalau nak jumpa perlu ada prosedurnya pula. Bila sedang merasmikan program dan berucap, rakyat keriangan dan bertepuk tangan dan selepas itu pemimpin akan mengasingkan diri untuk menjamah jamuan di meja VIP dan selesai sahaja terus balik.
Selalulah anjurkan sesi dialog, seminar, persidangan meja bulat atau paling ringkas pun edaran risalah agar rakyat faham akan setiap projek kerajaan. Lagi baik sekiranya disampaikan dalam sebuah laman web rasmi pemimpin. Janganlah wujudkan jurang antara pemimpin dan rakyat. Jika ada majlis jamuan, biar pemimpin memakan makanan yang sama seperti rakyat makan. Bukankah itu tektik pemimpin bila musim pilihanraya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan