Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggesa pasukan khas yang ditubuhkan polis telus dalam siasatan dan mampu menyelesaikan isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Baginya, Umno BN kini ketandusan isu untuk dibangkitkan sehingga terpaksa menggunakan isu perkauman bagi mengalih perhatian rakyat terhadap permasalahan negara. Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat. Menurutnya, beliau telah merujuk PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu dan telah diberitahu bahawa tidak wujud apa yang dikatakan meninggalkan doa kepada Agong dan Yang Dipertua Negeri dan menggantikan dengan nama Lim Guan Eng. "Memang ada disebut nama Lim Guan Eng, tetapi dalam konteks yang lain," katanya kepada Harakahdaily. Jelasnya, nama ketua menteri itu disebut dalam khutbah apabila imam membicarakan tentang gejala sosial dalam masyarakat hari ini dan dikaitkan dengan isu judi. Imam menjelaskan juga bahawa Pulau Pinang adalah negeri pertama mengharamkan syarikat judi Ascot Sport menjalankan urusan perjudian di negeri itu. "Pulau Pinang antara negeri paling awal yang mengharamkan judi, maka waktu itulah dia (imam) menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri pertama mengharamkan judi," kata Mustafa lagi. Imam bagaimanapun katanya, bukan mendoakan keselamatan Lim Guan Eng seperti yang didakwa, tetapi mendoakan agar Ketua Menteri itu diberi hidayah untuk menerima Islam. "Khatib tahu bahawa salah doakan kebaikan kepada bukan Islam, tetapi tidak salah mendoakan hidayah kepada mereka agar menerima Islam," katanya lagi. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Ogos 25, 2010
Khutbah: PAS harap pasukan khas telus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan