Sabtu, Ogos 28, 2010

Polis kemuka cadangan kadar baru kompaun munasabah

Polis kemuka cadangan kadar baru kompaun munasabah

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Prihatin dengan beban pesalah jalan raya, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mengemukakan kadar kompaun baru untuk 13 jenis kesalahan trafik yang disifatkan munasabah kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti.

Sekiranya dipersetujui kementerian berkenaan, kadar yang lebih rendah sehingga 70 peratus pengurangan berbanding kadar kompaun dikuat kuasa sebelum ini akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

Sebagai contoh kadar kompaun baru kesalahan memandu melebihi had laju bagi kereta adalah RM70 berbanding RM150 kadar kompaun asal manakala motosikal RM50 (RM150) dan lori/bas RM90 (RM150).

Bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar untuk kereta adalah RM50 berbanding RM70 sementara van RM50 (RM80) dan teksi RM50 (RM150).

Tiada ulasan: