Sabtu, Ogos 14, 2010

Husam: Emas dinar, dirham perak bukan matawang!


Husam: Emas dinar, dirham perak bukan matawang
Salhan K Ahmad
Ogos 13, 10
2:24pm

Kongsi 54


Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa menafikan laporan Bernama semalam berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak sebagai matawang.

Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita itu.

"Siapa yang kata (ini matawang). Kita tidak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, beliau hadir ke majlis pelancaran tersebut semalam dan tidak mendengar menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan emas dan perak itu sebagai matawang.

"Mungkin (Bernama) terlalu terkejut dengan berita itu dan hendak buat sensasi. Kita pun tak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi nilainya itu ada," katanya lagi.

-------------------------------------------

Hanya ringgit sah – BNM

utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menegaskan, hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia.

Penjelasan itu dibuat oleh BNM berhubung pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan yang digunakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada.
-----------------------------------
respon : Dinar Emas sebenarnya akan menewaskan US Dolar.. itu sahaja.. bukankah Kerajaan Malaysia berurusan dengan US Dolllar.. US Dollar tak kekal.. Emas akan kekal macam Temadun Islam sejak dahulu... apa lagi...

Tiada ulasan: