Isnin, Ogos 16, 2010

Gempa 6.5 Richter gegar Kepulauan Mariana, Filipina. 2,663km ke barat laut Lahad Datu, Sabah

Gempa 6.5 Richter gegar Kepulauan Mariana, Filipina


2010/08/15

KUALA LUMPUR: Selatan Kepulauan Mariana di Filipina dilanda gempa kelima berukuran 6.5 skala Richter jam 7.01 pagi tadi, tetapi tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Dalam kenyataannya, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pusat gempa bumi kuat itu berada 1,807 kilometer (km) di timur laut Davao
dan 2,663km ke barat laut Lahad Datu, Sabah. Gempa bumi pertama berukuran 7.2 pada skala Richter melanda kepulauan itu pada 5.20 pagi semalam. - BERNAMA

Tiada ulasan: