Isnin, Ogos 16, 2010

18 Kenderaan Rosak teruk -Bumbung Pangsapuri di PJ, Selangor Diterbangkan Ribut. Haiyya,. ribut di Melaka 12/8

15 August 2010

Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Ribut

Blok A
Pangsapuri Desa Sepakat
Taman Sri Manja
Jalan Klang Lama
Petaling Jaya
15 Ogos 2010
4 ptg

Kejadian berlaku kira-kira jam 3-35 petang.

Ribut yang berlaku tidak sampai5  minit ini merosakkan kira-kira 18 kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri ini.

Turut mengalami kerosakan , kira-kira 10 buah rumah di tingkat 9 - bahagian bumbung dapur diterbangkan ribut.

Kejadian berlaku membabitkan Blok A, Pangsapuri Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Menurut penduduk, kejadian berlaku begitu pantas.

Mereka sebelumnya terlihat seperti kabus berwarna putih berpusar arah kediaman mereka.


Ketika itu hujan lebat.

Ia kemudian terus menuju ke blok A dan dengan sekelip mata, terus meranap dan menerbangkan bahagian bumbung blok ini.

Akibatnya, serpihan kayu, atap asbestos dan bahan binaan diterbangkan angin dan jatuh ke arah tempat leatk kereta.

Mujur ketika kejadian, masih belum banyak kereta diletakkan di situ kerana ramai penghuni keluar.

Bagi kira-kira 10 buah rumah di tingkat paling atas, iaitu tingkat 9, bahagian bumbung dapur mereka turut diterbangkan angin.

Ia merupakan kejadian pertama berlaku di kawasan ini.

Menurut penduduk, kejadian seakan-akan kejadian ribut yang berlaku di Jasin , Melaka, dua hari lalu.

Dan bagi melihat kesan dari kejadian ini, penduduk membawa saya sehingga ke bahagian bumbung pangsapuri ini untuk melihat kesan darinya.

Kawasan ini mempunyai lima blok, tetapi hanya Blok A yang terlibat.

Ia mula diduduki sejak lima tahun lalu.
 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.
 

Adakah kualiti pembuatannya juga merupakan salah satu faktor mengapa kejadian ini berlaku sehingga sebegini akibatnya?
 
------------------
di bawah : 12/8/2010 RIBUT DI BAZAR RAMADHAN, JASIN, MELAKA.. 4.45 PETANG
APAKAH BALA ALLAH INI BERGERAK KE SELURUH MALAYSIA???


Tiada ulasan: