Ahad, Ogos 29, 2010

GRO kelas atasan, khidmat mencecah RM500/- ditahan di JB!!

Kelab malam diserbu, GRO asing ditahan

sumber 

29/08/2010 6:59pm

JOHOR BAHRU - Salah sebuah kelab malam berkelas tinggi di Batu Pahat diserbu awal pagi tadi dan 45 orang pelayan pelanggan (GRO) dari China dan seorang dari Vietnam telah ditahan.

Ketua Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri, DSP Tan Hiap Seng berkata, berbanding kelab malam lain yang mempunyai pelanggan, operasi di kelab itu dianggap lebih berkelas tinggi.

"GRO asing di sini memberi khidmat seks kepada pelanggan kelas tinggi dengan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500. Berdasarkan pakaian seksi dan mahal yang mereka pakai, kita percaya wanita-wanita terbabit memberikan perkhidmatan seks secara eksklusif kepada pelanggan tertentu,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan: