Empat penumpang bas dibunuh di selatan Filipina
2010/08/26
MANILA: Lelaki bersenjata memakai seragam polis menahan sebuah bas di selatan Filipina awal pagi ini dan menembak mati empat penumpang termasuk dua marsyal polis. Serangan itu berlaku cuma tiga hari selepas seorang bekas anggota polis menawan sebuah bas dinaiki pelancong dari Hong Kong dan membunuh lapan daripada mereka sebelum beliau ditembak mati polis.
Menurut polis, bas yang diserang hari ini dalam perjalanan dari Cagayan de Oro ke bandaraya Zamboanga di selatan Filipina apabila ia ditahan pada satu sekatan oleh lelaki bersenjata yang memakai seragam polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan