Ahad, Ogos 15, 2010

Mazlan: 'Duit raya' hanya gimik Felda


Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Pengumuman Perdana Menteri untuk memberi RM350 duit raya kepada setiap peneroka adalah cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka, kata Mazlan Aliman.

Sebaliknya, Mazlan (gambar) yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) berkata, 'duit raya' tersebut adalah sememangnya duit peneroka yang diambil Felda.

"Mereka cuba memberi gambaran bahawa Felda melayan peneroka dengan baik. Padahal itu adalah duit hasil usaha peneroka yang mereka ambik dan dikembalikan atas nama 'duit raya'," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pengumuman Najib itu juga hanya gimik bagi menutup isu Felda yang akan bankrap.

"Tak padan PM yang umum, sepatutnya cukup setakat Pengarah Besar Felda sahaja yang umum," katanya lagi.

Tiada ulasan: