2 pengawal keselamatan mati ditembak
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
|
Seorang ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sedih di sisi mayat S. Gunasilan yang mati ditembak oleh rakan setugas di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam. |
KLANG 27 Ogos - Hanya kerana menegur rakan yang tidur semasa bertugas, dua pengawal keselamatan mati ditembak dengan senapang di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua mangsa, P. Mailvaganam, 46, dan S.Gunasilan, 22, mati di tempat kejadian setelah terkena tembakan senapang jenis 'pump-gun' di bahagian dada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan