Jumaat, Ogos 20, 2010

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Kulai 'rasis', dan wajar dikenakan tindakan????

PENGETUA DARAH UMNO KA YANG CAKAP TU??? >> SUMBER klik DI SINI

Menurut satu kenyataan bersama hari ini, Pemuda BN mencadangkan hukuman yang berat dikenakan menurut peruntukan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.


Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.


Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.


Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Tiada ulasan: