Bekalan makanan dihantar untuk pelombong terperangkap
24/08/2010 3:38am
COPIAPO, Chile 24 Ogos - Para pegawai Chile akan menghantar bekalan makanan dan air kepada 33 orang pelombong yang sudah 18 hari terperangkap di bawah tanah, kata menteri perlombongan, Laurence Golborne.
Golborne berkata, terdapat ruang dalam lombong berdiameter lapan sentimeter kini menjadi tempat perlindungan para pekerja yang terperangkap pada kedalaman 700 meter ke dalam tanah ketika lombong tersebut runtuh semasa mereka sedang bekerja, membolehkan mereka bertahan dan terus hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan