Isnin, Ogos 30, 2010

Dinar Emas hanya perhiasan? Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, kerajaan Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri itu cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang itu kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.



DINAR emas (atas) dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan baru-baru ini.


BACHOK - Kerajaan Pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, kerajaan Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri itu cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang itu kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.

Tiada ulasan: