Selasa, Ogos 31, 2010

Puteri UMNO Sabah gesa LDP henti hentam pemimpin BN negeri

Puteri UMNO Sabah gesa LDP henti hentam pemimpin BN negeri



2010/08/31

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri UMNO Sabah menggesa pucuk pimpinan tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) supaya menghentikan segera kecaman secara terbuka terhadap pimpinan negeri di media.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata Presiden LDP, Datuk VK Liew, sepatutnya mengarahkan anggota Majlis Tertinggi parti itu supaya tidak bertindak sesuatu yang boleh melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri di mata pembangkang. 


Minggu lalu, Chin menyatakan bahawa LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi BN Sabah, tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan gagasan 1Malaysia.


sambung

Tiada ulasan: