Ahad, Ogos 15, 2010

Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan???


Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan
Abdul Rahim Sabri
Ogos 14, 10
5:36pm
Kongsi 78


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.Klik> http://www.malaysiakini.com

Tiada ulasan: