Isnin, Ogos 23, 2010

Senarai Hotel Yang HALAL (panduan buat umat islam)

Senarai Hotel Yang HALAL (panduan buat umat islam)

http://www.zilhan.com/


Salam Semua..
Dalam bulan ramadhan.. bulan kita berpuasa ni.. juadah berbuka semestinya menjadi topik yang agak hangat dikalangan kita. Sebut sahaja fasal berbuka puasa, ramai juga di antara kita yang suka berbuka di hotel bersama family. Daripada emel yang diterima, ada disenaraikan hanya 32 Hotel di Malaysia sahaja yang diiktiraf halal oleh pihak Jakim!

Antara serba sedikit ulasan di Kosmo adalah :

1. Rekod Jakim sehingga 23 Julai 2010 mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.

2. Memandangkan ramai juga yang gemar berbuka puasa di Hotel, pihak Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran


Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

Hotel 5 Bintang :
Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang
Hotel Grand Dorsett, Labuan
Hotel Pan Pacific KLIA
Hotel Legend, KL
Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
Hotel Istana, Kuala Lumpur


Hotel 4 Bintang :
Hotel Ancasa Kuala Lumpur
Hotel Cititel Pulau Pinang
Hotel Crystal Crown, KL
Hotel Grand Seasons, KL (Terbaru : telah ditarik lesen halal!!!)
Hotel Armada, Petaling Jaya
Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
Hotel Ming Court, KL
Hotel the Summit, USJ Subang
PNB Darby Park, Executives Suite, KL


Hotel 3 Bintang :
Hotel Brisdale International, KL
Hotel Dynasty, KL
Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
Hotel Seri Malaysia, Marang
Hotel KL, Jalan Raja Muda
Hotel Nilai, Negeri Sembilan
Hotel PG, KL
Hotel Puteri Park, KL
Hotel Quality, KL
Hotel Residence, Kajang
Hotel The Paramount, Sibu
Hotel Plaza, KL


Hotel 2 Bintang :
Hotel Seri Malaysia, Kuantan
Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang

Tiada ulasan: