Peserta konvoi 149 orang.. sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2010.. tu yang saya faham dari salah seorang peserta yang berhenti solat.. tamat di Sarawak tak silap.. tajaan CELCOM.. peserta dari pegawai Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta.. saya jumpa mereka kebetulan berhenti solat Asar di Masjid Merotai Besar.. salah seorang peserta ialah Pengarah BTN Sabah... Datuk Ibrahim Saad.. saya perasan dia.. dulu pernah beri ceramah atau pengisian masa saya terpilih ikut BTN di Ranggu.. dia cakap masa kursus tu.. "ADA KA BTN BERITAHU TUAN/TUAN MASUK UMNO DALAM PROGRAM INI?".. ha ha.. teringat lagi.. isunya BTN kan agen UMNO untuk membasuh 'minda pembangkang' yang ada pada pelajar atau kakitangan kerajaan yang menyokong 'Pembangkang'... bila pembangkang cakap BTN terapkan dakyah benci pembangkan.. sayang UMNO-pembela Melayu.. aha! Tu la sebab dia cakap dalam kursus BTN macam tu.. konon pengisian BTN suci murni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan