Pengunjung pantai panik bila berlaku gempa bumi dekat pantai Itali
17/08/2010 3:06am
ROME, 17 Ogos - Gempa bumi sederhana berukuran 4.5 pada skala Ricther berlaku dekat pulau Aeolian di pantai selatan Itali menyebabkan batu-batu runtuh dan orang ramai jadi panik, tetapi tiada kecederaan dilaporkan berlaku, kata para pegawai dan media Itali.
Berita awal melaporkan, tujuh orang cedera setelah berlaku gempa bumi dekat tanah besar Lipari pada pukul 8 malam waktu Malaysia, tetapi para pegawai kemudiannya menafikannya.
“Tidak ada sebarang kecederaan atau mereka yang menjadi mangsa,” kata ahli senat Renato Schifani. Rangkaian televisyen Sky TG24 melaporkan keadaan adakan terkawal.
Pegawai kesihatan tempatan berkata, sekurang-kurangnya enam orang menderita terkena gigitan obor-obor apabila mereka terjun ke laut kerana terlalu panik, lapor agensi berita Ansa. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan