Selasa, Ogos 24, 2010

Datuk Husam murah rezeki! Mahkamah arah mantan MP Tanah Merah bayar gantirugi!


Wartawan Kita   
KOTA BHARU, 24 Ogos: Bekas anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan hari ini diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ekoran kes saman fitnah.

Penyelesaian kes saman fitnah tersebut dicapai di luar mahkamah dan telah direkod Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Zaidi Ibrahim.

Kes saman tersebut difail Husam pada 23 Febuari 2008 ekoran Shaari mengeluarkan kenyataan yang dianggap memfitnahnya pada satu ceramah.

Pada ceramah yang diadakan di Masjid Padang Lalang, Tanah Merah pada 25 Disember 2007 Shaari menyebut Husam seorang yang hanya bertopengkan PAS.

Selain itu disebut juga anggota Exco terbabit adalah manusia yang terkaya di Kelantan kerana mempunyai wang sebanyak RM30 juta yang mana wang tersebut diberi oleh tauke-tauke balak.

Berikutan fitnah tersebut Husam telah memohon defendan memohon maaf dan menuntut sejumlah ganti rugi dibayar terhadapnya.
-----------------------
respon : Hati-hati bila bercakap. Samasa Pas atau siapa sahaja.. tak kena gaya.. kena saman..

Tiada ulasan: