Khamis, Ogos 05, 2010

PBS: Atasi segera masalah pendatang atau... BN tumbang di Sabah???

PBS: Atasi segera masalah pendatang atau...
Ogos 4, 10 1:11pm
Kongsi 31


Kerajaan persekutuan mesti bertindak segera untuk menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin jika kerajaan BN mahu meredakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati rakyat Sabah, kata Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Henrynus Amin.

Beliau berkata kemasukan isu mengenai pendatang asing dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah perlu untuk memastikan agensi penguatkuasa dapat menghasilkan keputusan yang positif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini berkata isu pendatang asing bukanlah satu daripada enam keutamaan negara dan oleh itu tidak termasuk dalam NKRA.

Tiada ulasan: