Mohd Syamil Azhar |
LENGGONG, 4 Ogos: Dua lagi anggota Unit Amal yang ditangkap polis pada program Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Ahad lepas masih ditahan reman. Harakahdaily difahamkan, mereka yang merupakan anggota Unit Amal Pasir Salak ditahan sehingga esok. Sementara itu, seorang anggota Unit Amal dari Lenggong yang ditahan reman bersama mereka dibebaskan malam tadi. Dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat perjuang, beliau yang sudah beberapa hari tidak mandi disambut dalam majlis usrah di rumah Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria di Kampung Luat dekat sini, kira-kira jam 8.40 malam tadi. Masing-masing anggota usrah menyambut beliau dengan bersalaman erat, malah ada yang memeluknya sebagai tanda kasih sayang sesama pejuang untuk menegakkan agama Allah di bumi Malaysia tercinta ini. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Khamis, Ogos 05, 2010
2 anggota Unit Amal masih ditahan. Sabarlah wahai saudaraku!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan