Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar) hari ini menyatakan kekesalan di atas sikap double standard Umno menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik murahan mereka. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) yang didakwa turut memperkuda Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menembusi masjid dan surau demi agenda politik mereka. Beliau merujuk kepada majlis Bicara Pemimpin Besama Rakyat dan Sumbangan Kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3, di Masjid Alam Shah, 2 Ogos lalu. Berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, Lo' Lo' berkata program tersebut adalah anjuran Jawi bersama Umno bahagian Cheras dan bahagian Titiwangsa. Namun apa yang dikesalinya, program tersebut langsung dilihat bukan kendalian Jawi namun didominasi Umno dari awal hingga ke akhir. Jelasnya, Umno mendominasi seawal tazkirah Maghrib yang diberikan oleh Ketua Biro Agama Pemuda Umno Cheras Syed Amru, kemudian solat Isyak diimamkan menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ucapan Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsyi dan Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Johari Ghani. "Majlis ini anjuran Jawi, sudah pasti guna dana Jawi, sumbangan dari peruntukan Jawi, tetapi Umno menguasai dari awal hingga akhir. "Sebagai wakil rakyat, saya kesal dengan sikap double standard menteri yang memperalat Jawi untuk meluaskan pengaruh politik Umno BN yang telah ditolak rakyat khususnya di Kuala Lumpur," katanya kecewa. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Khamis, Ogos 05, 2010
Umno terus salah guna masjid. Biasalah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan