Ahad, Julai 04, 2010

Ustaz Nik Razi Nik Mat, adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.. keturunan mulia hingga menemui Ilahi..


Zulkifli Sulong   
RAWANG, 2 Julai: Umurnya sudah 65 tahun. Namun kerana kecintaannya kepada ilmu dan pendidikan dia  pergi ke serata masjid dan surau untuk mengajar agama sambil mengumpul sumbangan orang ramai untuk pembinaan sebuah pusat pendidikannya sendiri.

Itulah Ustaz Nik Razi Nik Mat, adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz adalah anak kedua dari lima adik beradik itu.

Malam tadi, sebagaimana bulan-bulan sebelum ini, Nik Razi, bekas pensyarah pendidikan Islam UITM itu memberikan kuliahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri dekat sini.

(Gambar: Nik Razi (kiri) memberikan kad sumbangan derma kepada salah seorang jamaah surau As Siddiqin malam tadi)
---------------------------------
respon : Subhanallah.. kerja-kerja amal tak mengira usia dan masa.. berpenat sebelum mati.. berehat di dalam kubur bersemadi.. di akhirat menanti bidadari yang harum mewangi.. alangkah indahnya jasad yang bersemi walau di dunia dicaci dimaki..

Tiada ulasan: