Jumaat, Julai 09, 2010

Sesi Dialog Bersama Ulama - Ketua Penerangan Dewan Ulamak Kedah yang mai Tawau mula 7hb Julai hingga 11 Julai 2010

Sesi Dialog Bersama Ulama

  • 09 July 2010
  • Posted by PERPPIS Bahagian Tawau http://perppis.blogspot.com/



Baru-baru ini PERPPIS Bahagian Tawau telah mengadakan satu sesi dialog bersama Ustaz Fauzi Husin iaitu Ketua Penerangan Dewan Ulama Kedah pada hari kelmarin bersamaan 08. Julai. 2010 (Khamis) pada pukul 02:30 petang hingga 04.30 petang bertempat di Pejabat PASTI Tawau. Al-Hamdulillah program tersebut berjalan dengan jayanya yang dipengerusikan Oleh Saudara Muhd Rajie Lioli atas kehendak Penasihat Am.

Sahabat muslimin yang hadir

Pandangan sudut belakang ketika kuliah

Pada awal perancangan kami, program ini akan dipengerusi oleh Penasihat Am PERPPIS sendiri. Memandangkan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan oleh Penasihat, pengerusi program tersebut ditukar alih oleh saudara Muhd Rajie Lioli selaku S/U PERPPIS Bahagian Tawau untuk mengambil tempat penasihat.

Wajah khusyuk mendengar dialog

Sahabat muslimat yang hadir

Walaupun dalam bilangan yang tidak seberapa. Program tersebut tetap dilaksanakan dengan baik.

Sesi dialog berjalan dengan baik

Surah Al-Baqarah: 138 telah menjadi huraian untuk teks ucapan beliau pada hari kelmarin dengan membicarakan tentang celupan Allah terhadap orang-orang mukmin.

Bacaan doa oleh Ustaz Fauzi Husin menutup tirai majlis dialog

Sahabat-sahabat lain turut mengaminkan

Sesi tersebut diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Fauzi Husin. Program tersebut berakhir pada 04.30 petang serta sesi bergambar bersama Ulama juga diadakan oleh AJK PERPPIS dan sahabat-sahabat yang lain.

Sesi bergambar bersama Ulama

Terima Kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir kerana sudi meluangkan masa bersama PERPPIS untuk mendengar sesi dialog yang dianjurkan. Teruskan perjuangan.....

Tarikh: 09. Julai. 2010
Tempat: Pejabat PASTI Tawau
Masa: 05:16 petang
Oleh: "Tukang Update"

Tiada ulasan: