Sabtu, Julai 10, 2010

SELENGGARA SEGERA JALAN TAWAU-MEROTAI , sabah!

SELENGGARA SEGERA JALAN TAWAU-MEROTAI   PDF Print E-mail
Written by Admin   http://sabahkini.net/v1
Friday, 09 July 2010 01:05


BAHAYA….Kenderaan mengelak lubang di tengah jalan di Km24 jalan Tawau-Merotai.

Kerajaan perlu mengambil perhatian akan keadaan jalan yang berlubang dan berbahaya kepada pengguna jalanraya terutama di kilometer 24, Jalan Tawau-Merotai, Sabah di mana terdapat lubang di tengah jalan yang mampu mengundang kemalangan sekiranya pemandu tidak memandu dengan cermat. 

Pengguna yang menghala ke Tawau akan merasa cemas setiap kali melalui jalan tersebut kerana terpaksa mengelak lubang tersebut dan adakala pengguna terpaksa mengambil jalan sebelah yang sedikit merbahaya sekiranya ada kenderaan dari arah bertentangan.

Pengerusi DAP cawangan Merotai, Robert Penggai, mengesa agar tindakan memperbaiki jalan tersebut diambil segera oleh pihak terbabit kerana jalan ini merupakan jalan utama yang menghubungkan penduduk luar bandar dan berpuluh kenderaan yang berulang alik menggunakan jalan tersebut.
Adalah difahamkan jalan tersebut seringkali berlubang biarpun setelah dibaikpulih dan sekiranya ini berlaku adakah pihak kontraktor yang melakukan kerja-kerja baikpulih mengikut piawaian dari Jabatan Kerjaraya.
Last Updated on Friday, 09 July 2010 01:06

Tiada ulasan: