Sabtu, Julai 10, 2010

PAS MINAT DIALOG DENGAN PADERI 31 julai 2010, TARIKH CADANGAN!

PAS MINAT DIALOG DENGAN PADERI PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 09 July 2010 00:44


Duduk dari kiri, Melvin Datuk Jaikul, Ketua PAS Pedalaman Hisyamuddin, Dr Benjamin dan Phillip Voon.
Oleh: MAIL MATHEW

PAKATAN Rakyat (PR) Pedalaman dijangka akan mengadakan dialog dengan para pemimpin Gereja Kristian di kawasan di Tenom, sempena lawatan Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak, Dr Mujahid Yusof Rawa ke Pedalaman pada 31 Julai akan datang ini.

Ketua PAS Pedalaman, Hisyamuddin Haji Sulaiman berkata demikian ketika memberitahu Sabahkini.net berhubung jadual lawatan pemimpin pusat itu ke pedalaman selepas mesyuarat PR di Tenom pada Khamis.

Tegas beliau, pemimpin terbabit turut dijadualkan melawat daerah Sook dan seterusnya ke Kg Nandangan untuk merasmikan surau dan bersolat di situ.

Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, PAS Pusat akan diringi beberapa pemimpin PR negeri seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan, MP Kota Kinabalu yang juga Pengerusi DAP Sabah Dr Hiew Kheng Chew dan para Pemimpin PAS Negeri ketika beliau berada di Sabah.

Ketua PAS Pedalaman, Hisyamuddin ketika ditanya berhubung kandungan dialog yang bakal menjadi topik perbincangan dengan para pemimpin Gereja beliau berkata, semuanya berkisar kepada pembetulan pergeseran yang membawa salah faham berkaitan dengan isu Kalimah Allah yang telah menjadi kontroversi sebelum ini.

“Kita mahu isu itu terus berakhir dengan pemimpin masing-masing berlapang dada kerana dasar PR tidak berminat mengetengah isu agama semata-mata untuk kepentingan politik sepertimana yang telah berlaku sebelum ini,” tegas Hisyamuddin .

Hadir sama dalam mesyuarat itu, beberapa pemimpin PKR antaranya Melvin Datuk Jaikul, Ketua Perhubungan DAP Pedalaman Dr Benjamin, Pemimpin DAP Pedalaman Phillip Voon dan Pemimpin PAS Pedalaman Abdul Hisham Othman.

Tiada ulasan: