Isnin, Julai 05, 2010

Khairy Pertikai Polis Tangani Kes Raja Petra

Khairy Pertikai Polis Tangani Kes Raja Petra

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengkritik polis kerana dilihat tidak cukup serius dalam usaha memberkas Raja Petra Kamaruddin.

Katanya, berdasarkan laporan berita di Internet jelas bahawa pengendali laman web Malaysia Today yang 'bersembunyi' di negara itu secara terbuka menghadiri satu majlis pelancaran 'Rakan Luar Pakatan Rakyat' pada Ahad lalu.

Malah katanya, satu kenyataan akhbar turut memberitahu Raja Petra akan menghadiri majlis tersebut dan adalah tidak munasabah jika beliau telah 'bersembunyi' luar negara dan tidak boleh dikesan.

"Beliau kelihatan bebas di London, berkelakuan seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan malah memberi ucapan di khalayak ramai. Pun begitu, pihak berkuasa masih tidak melakukan apa-apa untuk membawa beliau kembali ke Malaysia.

Tiada ulasan: