Khamis, Julai 08, 2010

KDN geledah kilang cetak Harakah, cari SK (suara keadilan)..


Dzulfikar Mashoor   
SHAH ALAM, 7 Julai: Kilang Angkatan Edaran, kilang yang biasa mencetak akhbar Harakah dipantau oleh empat pegawai kanan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) jam 10.30 pagi tadi, kata pengusaha yang enggan namanya disiarkan.

Beliau memberitahu, para pegawai terbabit membuat penggeledahan kecil tanpa waran di kilangnya, Seksyen 16, di sini untuk mencari akhbar tanpa permit 'Era Keadilan' milik PKR.

"Suara Keadilan (SK) pun mereka tak cetak di sini, takkan kita nak cetak yang lain," ujar beliau sebagaimana yang diberitahu kepada pegawai terbabit.

Katanya lagi, satu lagi kilang milik beliau di sini turut digeledah untuk mencari SK mahupun 'Era Keadilan'.
----------------------------
yusz : bersusah payah dalam kerja tidak berfaedah.. ya, ikut arahan, arahan siapa? Menteri Dalam Negeri.. mengapa usaha untuk tangkap orang yang berjudi tak sungguh-sungguh? tangkap orang yang bukak kedai judi tak sungguh-sungguh?

Tiada ulasan: