Khamis, Julai 08, 2010

Kapal Selam Pertama Bermasalah lagi?


Harakahdaily   
PETALING JAYA, 7 Julai: Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi dan terpaksa berlabuh di perlabuhannya di Teluk Sepanggar, lapor The Malay Mail hari ini.

Akhbar itu melaporkan, masalah yang belum dikenalpasti itu dikesan selepas kapal selam itu menjalani ujian air tropikal bulan lepas.

Sejak itu, kapal selam itu kekal di perlabuhan berkenaan.

Februari lalu, sebuah media melaporkan, kapal selam itu mengalami kelemahan teknikal sehingga menyebabkan ia tidak boleh menyelam selama tiga bulan.

Kapal itu hanya mula menjalani ujian air tropikal mulai 20 Februari lalu.

KD Tunku Abdul Rahman telah tauliahkan awal tahun lepas selepas menjalani ujian selama dua tahun di Perancis.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak telah selamat tiba 2 Julai lalu.

Malaysia membeli kedua-dua kapal selam itu dengan harga RM3.4 billion  pada tahun 2002 daripada pembina kapal selam milik Perancis dan Sepanyol, DCNS and Navantia.  

Tiada ulasan: