Isnin, Julai 05, 2010

Jenayah meruncing.. mati, dipotong tangan!

Sejak dahulu, di bawah kepimpinan YDP Pas Almarhum Ust Yusof Rawa (bawah) dan Ust Fadhil Noor (atas), Pas mendesak Kerajaan Malaysia menggunapakai Hukum Islam untuk menyelesaikan isu jenayah.. sampai hari ini Kes Jenayah makin teruk.. sampai bila rakyat ingin biarkan BN meneruskan jenayah ini?

Pengawal Keselamatan Dibunuh Dengan Tangan Kanan Dipotong
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan tangan kanannya dipotong di kawasan semak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Batu 9, di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Letchumana, dalam lingkungan umur 30an, ditemui oleh orang awam dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah dan terdapat sebuah kereta jenis Proton Pesonaberhampirannya.

Tiada ulasan: