Jumaat, Julai 02, 2010

Ikan Bakar Pasar Sim-Sim Sandakan, Sabah.

Pasar ikan bakar ini memang terkenal di Sandakan dan di Sabah.. ramai pelancong dan pimpinan negara dibawa ke sini.. artis-artis tidak terlepas ke sini jika bertandang ke Sandakan.. ikan yang segar dan dibakar dengan ramuan tersendiri... layanan tuan kedai memuaskan... pengunjung tak putus-putus.. pembayaran dengan pakej nasi, sayuran, sambal amat berpatutan.. seawal pagi hingga jam 11 malam kedai ikan bakar dibuka.. 
Antara ikan yang biasanya dibakar ikan merah, ikan arut, ikan belais, ikan baulu..

  
Saya bersama rakan-rakan berpeluang makan di sini minggu lepas.. bayangkan RM80 sahaja untuk kami 8 orang kalau tak silap.. 

  
Rakan lama di Jordan, Naje yang sudi belanja saya dan rakan-rakan Tawau makan di sini.. beliau tenaga pengajar di SMKA Sandakan..

 
Akhir kata, jemputlah datang ke Sabah. Ikan bakar segar ada di sini! Nyum Nyum..

Tiada ulasan: