Kepulauan Solomon dilanda gempa kuat
2010/06/26
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Solomon di Papua New Guinea pada jam 1.30 tengah hari tadi. Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini menyatakan bahawa pusat gempa adalah 10.6 darjah Selatan dan 161.6 darjah Timur iaitu 220 km dari tenggara Honiara, Kepulauan Solomon dan 5,092km dari tenggara Kunak, Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan